Monday, April 25, 2011

elit umno



yang aku bold itu sahaja yang aku minat....dan tidak boleh dinafikan.

kalau ekau setakat anak penoeh getah,pemandu teksi,kedai makan atau kedai runcit

 jangan berangan nak jadi menteri atau 

berpangkat besar. Malah kalau dalam angkatan tentera sekali pun paling tinggi pun satakat

Leftenan Konel ajalah. Jangan berharap nak jadi General. 

Kalau kerajan setakat 54 aja sampai pencen.



Mati berangan!!!!!!!!!!!!!!



itu sinario di Malaysia secara hakikinya.



sebelum pilihanraya sarawak 



Anonymous langitbiru said...




3 kumpulan utama di Sarawak. Dayak, MelayuMelanau, Cina. Taib Mahmud dari MelayuMelanau, tapi kerjasama perniagaan win-win situation AMAT BAIK dengan Cina, membolehkannya berkuasa amat lama.

MelayuMelanau dan Dayak ‘menderita’ sekian lama, kononnya dibela dengan baik oleh Taib. MelayuMelanau dan Dayak masih lagi guna air sungai dan air tadahan hujan sebagai sumber air utama, AIR PERCUM A dari PBB. Demikianlah masyarakat MelayuMelanau dan Dayak dipergula-gula oleh mereka yang tamak haloba, harta mahu dibawa masuk KUBUR!

Demikian jugalah masyarakat Melayu di Semenanjung, didodoi diusap-usap oleh UMNO, tapi kekal miskin papa kedana!

Politik orang Cina tak sama dengan orang MelayuMelanauDayak di Sarawak dan Melayu di Semenanjung.

Kebanyakan PEMAIN POLITIK orang-orang Cina adalah mereka yang berkeyakan tinggi dari segi akedemik dan/atau ahli perniagaan yang berjaya. Jadi, mereka lebih berdayasaing, tidak terlalu bergantung kepada orang lain untuk terus ‘bermain’!

PEMAIN-PEMAIN POLITIK Melayu sebahagian besar adalah tidak tinggi kelayakan akedemik, kecuali dari KETURUNAN PEMAIN ELIT UMNO, yang bertujuan mengekalkan legasi kepimpinan mereka di masa hadapan. KUASA POLITIK diperturunkan dari satu generasi-ke satu generasi dari keluarga ELIT UMNO. YANG PALING MEREKA INI CEKAP adalah mamanipulasi pemain-pemain politik akar umbi yang majoritinya ‘main politik’ untuk CARI MAKAN. Atau cari makan melalui politik. Kalau ada kelayakan akedemik yang tinggi pun (tiada pertalian darah dengan PEMAIN ELIT), sukar bagi mereka berjaya, kerana kekangan dari kumpulan akar umbi yang dimanipulasi oleh pemain ELIT. ITU POLITIK UMNO, akan selamanya mempergunakan memanipulasikan golongan akar umbi yang cari makan melalui politik. Sedikit sangat sebenarnya habuan diberi mereka ini. Yang berkelayakan akedemik tinggi ni pun tak kemana, kerana tiada sumber kewangan yang kukuh untuk ‘gula-gula’ kumpulan akar umbi. TAK TAK NAK, kena ‘menyembah’ PEMAIN ELIT juga!!! Mereka tidak boleh terus ‘bermain’ kalau melawan arus!!

OLEH YANG DEMIKIAN, POLITIK UMNO SUDAH TIADA PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERKARISMA TINGGI, yang ada pemimpin yang ingin bolot kekayaan negara untuk diri dan kroni!!! MAjoritinya jenis ‘makan-makan’ dari sumber-sumber yang sebenarnya HAK RAKYAT! Mereka busuk dan membusuk hingga ke usus.

KAUM YANG PALING BERUNTUNG di Malaysia adalah KAUM CINA. PArti-parti politik hanyalah sebagai WAYANG BESAR. Hakikatnya, mereka bersatu dari dulu hingga sekarang. TAK dapat melalui saluran kerajaan (MCA,Gerakan), mereka hulur kepada DAP. Tak dapat melalui DAP, mereka hulur kepada MCA,Gerakan. JAdi, mereka senantiasa untung, dapat apa yang dimahukan.

Politi Kaum India paling kacau bilau. Semua nak jadi Presiden, maka tumbuhlah macam-macam Parti India. Dan peliknya, macam-macam parti India ini semuanya diserap oleh UMNO ke dalam BN!!!

Jika Dato’ ramalkan DAP bakal Berjaya di Sarawak, saya ramalkan DAP dan PAS akan semakin kuat ikatan kerjasama mereka dan dalam diam-diam, ahli PKR secara perlahan-lahan masuk PAS! DAP dan PAS akan jadi semakin dominan di masa akan datang.