Wednesday, March 23, 2011

..meminang

…hari ini aku pergi meminang anak orang lagi.  Inilah keja yang aku lemah sesangat . Ini bukan keja mudah! nak mengadap  mereka-mereka tu. Bayangkan kita jadi tumpuan utama, semua orang memandang dan memasang telinga kat kita.  Kalau setakat parang kontot kau bawa, nahhh! kau , tak terlawan. Mesti ada sikit ilmu nak buat kerja-kerja macam ini. Semangat anak jantan, ‘biar bercacak koris dan lombing di dado, namun den juang den juang jugak.’
Kali ini rumah dan bakal adik ipar aku di Batu Pahat, orang Jawa. Sudah bertahun juga mereka  bercinta. Jadi hari ini aku lah jadi tukang pengesahan percintaan mereka. Apa yang aku di maklumkan, datang kami ke rumah mereka bukan setakat ‘bertanya’ dan ‘merisik’ tapi siap sekali dengan bertunang. Ikut mereka mudah tak payah nak datang dua tiga kali, buat sekali saja, terus bertunang.
Lewat petang semalam aku sesaja tanya adik aku, cincin dah beli ke belum. Waah, hebat masa menjawab. Semua dah siap dah, beres…..Aku tanya lagi berapa cincin dia beli. Jawabnya mudah saja, satu. Satu! waduh. Aku dah pesan dan ingatkan beli dua, satu cincin tanya dan satu lagi cincin tunang. Dogelah ekau ni. Adik aku cakap orang sana minta satu saja.
Otak kepala aku berligat berfikir macam mana nak bercakap esok ni. Kalau dah main short cut ni, payah juga nak mengatur ayat. Macam nanti menghukur sebentuk cincin tunang aje. Kalaulah orang sana bertanya mana cincin tanya-nya. Selalu kan macam tu, walaupun bertunang  terus mesti mahu ada cincin tanya tu sekali. Ikut adat leeee…
Malamnya PakCik aku datang, dia memang dah biasa sesangat buat keja ini samaada pergi atau menunggu.  Lega juga hati aku kalau dia dapat ikut sekalai, lepas beban aku.  Tapi sayang esok dia ada kerja lain, jadi tak dapat ikut. Lama berbual dengan dia, sempat juga dia bagi tip-tip dalam bab-bab pergi meminang anak orang ni.
Kalau nak pergi meminang ini, kita perlu ‘baca’ sikit orang –orang ditempat nak pergi tu. Macam mana cara mereka, ikut adat sesangat atau biasa-biasa aje. Walau macam mana pun tepak sirih kena bawa, itu adat orang Melayu. Maksudnya kalau Nampak saja tepak sirih tu, kira tahu tahulah maksud. Selebihnya bila kita becakap atau berbincang nanti. perlu ada tepak sirihnya. Tidak kiralah nak merisik/bertanya atau meminag atau sekali jalan.  Kalau nak bertunag terus cincin perlu dua, cincin tanya dan cincin bertunang. Manalah tahu nanti ada orang bertanya atau dekat sebelah sana ada pulak orang tahu pasal adat. Walaupun tak nak ikut tapi kena siap-siap jugalah. Kalau orang sana ringkas kita ikut ringkas, kalau orang sana beradat-adat kita ikut.
Cuma apa yang aku dapat ialah kalau nak pergi meminang, orang Jawa selalunya mudah dan ringkas. Senang sesangat, taka de lah nak beradat-adat sangat, berpantun-pantun atau berkias-kias, terus terang saja. Pasal belanja berapa ribu, ikut mana yang mampu atau bincanglah berdua. Tempuh bertunang, paling mudah “setahun hidup” dan bincang semula. “setahun hidup” maksudnya bertunang tidak semesti cukup setahun, kalau dah cukup belanjanya boleh dicepatkan dan kalau ada masalah kita boleh lewatkan.

Selamat adik aku, dengan sahlah adik bertunang dengan gadis pilihannya.

Tuesday, March 22, 2011

Merlimau

Apa yang menarik di Merlimau hari ini....pilihanraya, mengundi. Merlimau 'meriah' sesangat. Terang benderang tidak kira siang dan malam. BN menag besar.....lagi bertambah meriah.

Bulan April 1994 itu bertama kalinya aku sampai di Pekan Merlimau. Datang ke Pekan Merlimau manaiki van bersama kenkawan untuk menghadiri satu temuduga  di Kawasan Perindustrian Merlimau.

Aduh kata ku, pekan ni mati Bang!

Oktober 1994 aku  mula bekerja di Merlimau . Majikan aku ialah Maju Stell Sdn Bhd ( dulu cukup terkenal dangan Dahong Stell ), di Kawasan Perindustrian Merlimau. Hebat Kawasan Perindustrian Merlimau ini, dari kilang yang berstatus industri ringan hingga kilang yang berstatus industri berat ada di Merlimau.

Aku tak mengulas pasal politik, jadi menyampah dan sakit hati. Aku nak tulis sesuatu yang menarik tentang Merlimau yang orang tidak tahu  tentang Merlimau.

Pekan Merlimau terletak antara di tengah-tengah antara Bandar Muar dan Melaka. Kalau nak ke Muar kena lalu Merlimau begitu juga dari Muar nak ke Melaka kena merentas Merlimau. Jarak dari bandar Melaka dan Muar lebih kurang saja......dalam 23 km atau 20-30 minit memandu. Kalau dari Kuala Lumpur nak ke Merlimau, ada 3 jalan utama, boleh ikut jalan persekutuan Melaka-Muar, Lebuhraya Plus susur keluar Jasin atau Lebuhraya Plus susur keluar Simpang Ampat terus ke lebuhraya Simpang Ampat-Melaka-Muar.

Sepanjang jalan dari Melaka ke Merlimau kita akan jumpa pakan Pernu-Umbai, Pulai, Serkam, Tedung dan Kg Sempang sebelum sampai ke Bandar Merlimau.

Mana tempat yang menarik kat Merlimau? kalau nak melawatlah kan....

Satu tempat yang boleh kita pergi ialah menziarahi makam Tun Teja, anak hulubalang Sri Amar Di Raja dari negeri Inderapura(sekarang Pahang). Ingat cerita macam mana Hang Tuah memikat Tun Teja untuk di jadikan Permaisuri Sultan Melaka dalam cerita P Ramli.
Makam Tun Teja di kampung Merlimau Pantai

Ada satu rumah lama yang jelas boleh kita lihat dari jalanraya Melaka-Muar. Rumah Penghulu Abdul Ghani, 5km dari pekan Merlimau. Kalau tak silap aku kalau nak ke Makam Tun Teja kita akan lalu depan rumah Penghulu Abdul Ghani ini. Penghulu Abdul Ghani Di bina dalam tahun 1894, satu-satu rumah asal orang Melaka. Uniknya rumah ini di bina bercirikan budaya Melayu dan China.


Rumah Penghulu Abdul Ghani


Ada lagi satu tempat yang kebanyak orang tak tahu dan jarang-jarang orang datang melawat, iaitu Perigi Portugis yang terletak di Kg Merlimau Pasir.  Sayang perigi ini tidak di urus dengan baik, tak ada petunjuk arah pun untuk kesini. Ramai yang mengetahui ujudnya Perigi Portugis ini.

Yang paling menarik dan hebatnya dalam kawasan Merlimau ini, ramai orang datang  mencari Medan Ikan Bakar  Sebenarnya mengikut pengetahuan aku yang hampir 10 tahun tingal di Merlimau ini, ada banyak Medan ikan bakar. Tapi yang paling popular ialah Medan Ikan Bakar di Pernu-Umbai. Ikut perkiraan aku penduduk setempat jarang ke Medan Ikan Bakar di Umbai. Mereka lebih selesa pergi makan di Medan Ikan Bakar di Serkam, Anjung Batu atau di Muara Sg Duyung. Ada lagi satu tempat yang aku biasa pergi Teluk Mas, tempat ini  pada aku lebih baik kalau nak makan ikan bakar.

Ada beza ikan yang di bakar di Pernu-Umbai dengan ikan bakar di Serkam. Kalau di Serkam ikan yang di bakar di sapu sambal (marinate). Kalau dekat tempat lain bakar begitu aje.


Apa lagi yang best di Merlimau..
Kupang, kupang,kupang...................ini kena pergi kampung Sebatu. Teringat aku pergi menjaring ikan siakap kat Sebatu, dalam menuggu jaring di tarik aku mengutip kupang. Pada aku kupang ini, sedap di rebus dengan serai, cecah dengan sambal kicap. Masa nak makan kupang ni jangan lupa kena tarik dan buang bulu hitam. Biasa kupang yang matang ada bulu di bahagian tengah-tengah badan.

Harga kupang di Gepp Cross Market ialah $9 AUD.. Kupang banyak di jual sepanjang jalan dekat Telok Mas. Harga kupang sekarang yang di jual di Telok Mas, RM5 sekilo. Itupun ikut saiz kalau besar sampai RM7 sekilo. Geram sudah lama tak pekena, nah kau......5 kilo kau aku beli.



Sepanjang jalan Merlimau ke Muar, satu lagi pemandangan yang menarik ialah orang menjual buah Duku-langsat. Merlimau hampir terkenal dengan buah Duku-langsat. Betul ke? orang tahu ke Merlimau banyak buah Duku-langsat........aku tak pasti ada lagi sekarang, Sebab banjir tempuh hari banyak ladang pokok Duku-langsat mati ditengelami air. Kalau musim buah Duku-langsat, aku tidak membeli lansung. Kawan-kawan ramaikan, pergi je panjat pokok tu.

Merlimau juga tidak kurang hebatnya dengan buah durian. Apa saja jenis durian, kucing tidur,D24 semua ada di Merlimau. Muak-muak makan durian kalu kena musimnya. Jangan lupa kalau datang Merlimau, singgah Pasar Merlimau. Singgah Pasar Merlimau cari ...............cencaluk. Cencaluk Merlimau memang sedap, cubalah rasa....hingga menjilat jari. Gula melaka juga banyak ada dijual.

Syarikat Orang Kampung dan kilangnya terletak di Merlimau. Mana perginya Syarikat Orang Kampung. Lama benar aku tak nampak produknya. Masih wujud lagi ke. Pajabat cawanganny kat Teluk Mas dah tutup, kilang masih ada lagi ke....nak gi survey.

Pasar Merlimau membawa kenangan abadi, kereta Unser aku yang baru berumur 7 hari kena langgar. Lori tu laju je undur......tak nampak ke aku yang hitam besar ni. Siang-siang terang benderang, matahari memancar dengan garangnya...tak.nampak aku. " lahabau ko, eehhhh ekao bute ke"

Merlimau, merlimau........sesunggiuhnya ladang limau tiada di Merlimau.

Wednesday, March 9, 2011

poetic flower

We working at the flower market when suddenly REGENCY  ORCHID appear.We climbed to the top ot the tower but still GYMEA wanted to climb higher. It was a dream, we were walking through LOTUS PODS.   We enjoyed a long lunch, then finally ROSE  opened up.A delicate aroma cought me by surprise,GiNGER  had entered the room.Some spoke of a hideous beast, but MONSTERIA was breathtakingly beautiful.Our friend of dream abundant with TULIPS. In jungle, a butterfly touched my face, and PRINTIN BEAUTY stole my heart.Her  SEXY HANGES entre e left me wanting more.The FREESIA  in her hair fluttered in the breeze, as I watched her sleep.The wrinkle on her face did not hide POPPY’S ageless beauty.Once the candles were lit, VIOLET swept me off my feet.In the Wynter rain, GLORIOSA  shuddered with delight.Down in the Mississippi the Jazz was heaving, and the MAGNOLIAS   were intoxicating.I arrived at the island with trouble in my heart, her HISBISCUS and her song frees my soul.We spent hours in the sunshine enjoyed our beautiful GARDENIAS.  She told me there was  a surprise for dinner, mouthwatering CRABCLAWS. I removed my sandles and went swimming amongst giant LILY PADS and  WARELILYS.We celebrated the birth of our ninth with ORCHIRDS, as we always did.It had been a hard day,delicated stroke DAISY  my forehead and i was rejuvinated.I lazed in the sun with an idle mind, DAHLIA  woke me witj her splendor.

Floret Flowers, Modbury Shopping Centre

Adelaide Flower House, Unley Road, Adelaide

....buku panas....

Apabila  Tun Dr. Mahathir melancarkan bukunya yang terbaru maka banyak kisah-kisah terdahulu terbongkar. Bukunya yang berjudul A Doctor in the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad , pengkisahan sepanjang pemimpinannya. Kalau dah kaki menulis tu, dia akan tetap menulis.
Buku ini dan buku-buku sebelumnya kebanyakanny di tulis dalam Bahasa Inggeris, dalam bahasa melayu tak banyak,  keterjemah ke akan buku ini. Aku rasa kalau dia buat dalam bahasa Melayu tak ramai pembeli, syarikat pencetak tak untung banyak.......dalam BI boleh jual di seluruh dunia. Ini dah hampir 60 ribu naskah, hari pertama 5 ribu terjual,  kaya-kaya.....

Nak tahu lebih ceritanya kena beli, cite sikit-sikit baca aje dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia atau mana suratkhabar.

Apa yang menarik dalam buku ialah pemecatan Datuk ini  Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Pemecatan itu katanya bukan kerana bimbang dia akan di cabar, sebaliknya adalah kerana salahlaku moral Anwar. Menurut Dr Mahathir juga, kemasukan Anwar ke dalam UMNO atas permintaanny, bukan UMNO yang mempelawa Anwar.Beliau menyifatkan Datuk Anwar Ibrahim sebagai individu penuh cabaran yang sanggup mencabar sesiapa sahaja bagi memastikannya dapat menawan Putrajaya.

Cerita yang lain ialah, Kuan Yew mempunyai keinginan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Keingin Kuan Yew di halang oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tengku Razaleigh Hamzah jika bersabar sedikit mungkin akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam buku itu juga, DrMahathir mengaku bahawa dia adalah dari keturunan India. Katanya dia adalah orang Melayu yang mempunyai darah keturunan India, atau lebih tepat Asia Selatan.

Antara pendedahan yang lain ialah pemecatan Tun Salleh Abas daripada Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 bukan kerana balas dendam. Tetapi kerana penghinaan Tun Salleh Abas terhadap Yang Dipertuan Agong.

Dr M juga mengatakan Tun Razak adalah mentornya, dan dia banyak belajar daripada Perdana Menteri yang kedua itu.

DR M juga dengan tegasnya dan membuktikan bahawa dia bukan diktator.

Akhir sekali Dr. M berkata dia bersedia jika ada pihak yang akan menyamannya. Dia juga akur sekiranya ramai pihak sebelum ini adalah kawan tetapi bertukar menjadi musuh setelah membawa tulisannya itu.

Pada aku buku ini di tulis bagi menyejukan hati Dr M.(dia saja nak justifite dirinya..) Just nak bagi tahu orang apa yang dia buat sebelum ini ada sebab dan musababnya. Sebenarnya apa yang di buat sebelum ini ada salah dan silapnya, rasa banyak yang tak betul. Nak mengaku silap dan salah kang malu le pulak..hehehe.

Jadi kita mendapat lagi satu fakta sejarh yang berlain daripada apa yang kita sedia maklum.

Orang politik memang hebat, orang politik tak boleh percaya sangat, baik masa dia bercakap  dan masa dia menulis, lebih-lebih lagi kalau di bukukan. Kata orang Rembau " rembau serambau rambau eeaa, pakuang segalo alah eeah "

Orang tua ni menulis betul ke, dia ingat ke apa yang berlaku bertahun-tahun dahulu dengan detail dan nyata atau agak-agak aje. Kadang-kadang apa yang dia tulis dan cakap sekarang macam orang nyayok. Maaf Tun....saja nak lepas geram. Ape pun gua respek lu.

Nak tahu hebat nya buku ni kena tengok dan baca komen-komen hebat di Harakah, Blog-blog atau mana yang lain....hebat gitu!



Monday, March 7, 2011

kata maaf dari lelaki

Aku membaca satu artikel dari seorang Perunding Motivasi Kekeluargaan, ia menulis mengenai mengapa lelaki sukar untuk mengungkapkan perkataan 'maaf' walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami.

Menurutnya lelaki ini bersifat penjaga dan pencari nafkah. Zaman dahulu jika suami keluar mencari binatang buruan, dia akan keluar dengan penuh keyakinan untuk membawa balik binatang buruan. Dia tidak akan menunjukan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapat makanan.

Sikap 'rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL' telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif,kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kekalahan.

Menurutnya lagi, kalau orang lelaki bersendirian bawa kereta dan sesat, dia akan berhenti dan bertaya  kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan. Jika isterinya atau orang lain bersamanya biasanya dia tidak alkan turun bertanya orang lain, kerana itu menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL.

Penyebab lain yang menyukarkan suamai menyebut 'maaf' ialah binaan otak 'monotrek'nya. Iaitu kurang perhubungan di antara sel emosinya disebelah kanan dengan sel lisan di sebelah kirinya.

Minda lelaki seperti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak tersebut. Dia hanya ingat kotak yang berisi kejayaan dan kemenangan sahaja. Jadi orang jarang menceritaka kegagalan.

Apa yang paling menarik dalam pembacaan aku ialah....
Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaafan. Hakikat sebenar ialah pemenag berkata, "Aku menang' dan di sambut oleh yang kalah, "Ok, aku tunggu kamu tahun depan ". Oleh itu, bagi isteri,cukuplah dengan perbuatan suamai seperti membasuh keretanya atau mengambil kain di penyidai atau memangil anak untuk memotong kuku yang panjang sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada anda.

Jantung pisang.....hiasan

Rebus jantung pisang ....cecah sambal belacan....memang sedap, mak mertua lalu belakang pun tak nampak.
Jantung pisang bukan saja rebus buat masak lemak, buat rendang dan macam lagi. Tapi hari ini jantung pisang dah  jadi haisan, orang tak makan. Tanam pokok pisang hiasan.....sebab jantungnya yang menarik. Mai tengok jantung pisang ni...


Ada dua warna yang aku pernah jumpa setakat hari ini. Satu aku katakan warna unggu muda dan satu lagi warna oren. Saiznya kesil aje dan buahnya pun kecil. Tapi buah pisang dari jantung ini aku belum pernah makan. Tapi kata mereka rasanya sedap, macan pisang comel.


Survey harga tengok .......anak pokok pisang ni harganya RM25. Ada jual di kebanyakan nursery pokok bunga.

Satu trend tanaman pokok hiasan yang sedang popular di Malaysia. Aku yang baru balik jadi tertanya-tanya, tak pernah aku tengok pokok pisang macam ni. Kini, pokok pisang hiasan semakin mendapat perhatian peminat seni hias laman. Ini kerana pokok pisang hiasan mempunyai bunga yang cantik. Biasanya, pisang untuk hiasan laman tidak tumbuh dalam bentuk perdu, sebaliknya tumbuh tunggal dan pokoknya lebih kurus serta saiz pokok pendek.

Apa yang aku ingat, satu di bulan oktober 2010 aku mengidam nak makan jantung pisang.  Sudah lama  tak pekena rebus jantung pisang campur sambal belacan. Di Gepps Cross Market ada jual jantung pisang, gatal mulut aku pun tanya harga. Wao mahal tu....AUD16.....pergh! tak jadi beli, meleleh je air liur. Kalau mcam itu boleh eksport jantung pisang ke Adelaide.

Pokok pisang dikategorikan sebagai tanaman yang serba guna kerana setiap komponen pokoknya dari batang hingga ke daun dan buahnya boleh dipelbagaikan kegunaannya. Jantung pisang ini sebenarnya ialah bunga pokok pisang, sebelum jadi buah pisang. Ikut ceritanya pokok ini asal di jumpai di Negara Papua New Guinea. Poko pisang ini boleh dihidup di  kawasan yang dekat-dekat dengan garisan Khatulistiwa, dalam 107 buah negara.

Mari survey pokok pisang ikut saintifiknya. Dalam bahasa Inggeris di panggil banana. Ia tanaman jenis herbaceous dari genus Musa untuk penghasilan buah. Nama sainstifiknya Musa acuminata dan Musa balbisiana. Pokok yang ada di negara kita adalah hybrid antara dua species ini.Masa aku belajar di Universiti Pertanian Malaysia nama saintifiknya ialah Musa sapientum dan Musa paradisiaca.


Kita cuma ikut hiraki pokok pisang ni....

Divisi                                   :  Magnoliophyta                 
Class                                    :     Liliopsida
Order                                   :     Zingiberales  
Family/Keluarga                   :     Musaceae    
Genus                                  :     Musa 
Species                                :     Musa acuminata , Musa balbisiana.

Kalau kita tengok dari segi kandungannya, dalam 100g pisang akan memberi 371kj tenaga, 22.84g kaborhidrat dan 12.33g gula. Jadi kalau nak dapat tenga dengan cepat makanlah pisang. Sesuatu yang menarik, ada iklan yang menyuruh kita makan pisang....kat mana, iklan TV di Adelaide. Kat Malaysia aku tak pernah jumpa dan nampak.............................suruh makan cokodok pisang ada kot.