Wednesday, March 23, 2011

..meminang

…hari ini aku pergi meminang anak orang lagi.  Inilah keja yang aku lemah sesangat . Ini bukan keja mudah! nak mengadap  mereka-mereka tu. Bayangkan kita jadi tumpuan utama, semua orang memandang dan memasang telinga kat kita.  Kalau setakat parang kontot kau bawa, nahhh! kau , tak terlawan. Mesti ada sikit ilmu nak buat kerja-kerja macam ini. Semangat anak jantan, ‘biar bercacak koris dan lombing di dado, namun den juang den juang jugak.’
Kali ini rumah dan bakal adik ipar aku di Batu Pahat, orang Jawa. Sudah bertahun juga mereka  bercinta. Jadi hari ini aku lah jadi tukang pengesahan percintaan mereka. Apa yang aku di maklumkan, datang kami ke rumah mereka bukan setakat ‘bertanya’ dan ‘merisik’ tapi siap sekali dengan bertunang. Ikut mereka mudah tak payah nak datang dua tiga kali, buat sekali saja, terus bertunang.
Lewat petang semalam aku sesaja tanya adik aku, cincin dah beli ke belum. Waah, hebat masa menjawab. Semua dah siap dah, beres…..Aku tanya lagi berapa cincin dia beli. Jawabnya mudah saja, satu. Satu! waduh. Aku dah pesan dan ingatkan beli dua, satu cincin tanya dan satu lagi cincin tunang. Dogelah ekau ni. Adik aku cakap orang sana minta satu saja.
Otak kepala aku berligat berfikir macam mana nak bercakap esok ni. Kalau dah main short cut ni, payah juga nak mengatur ayat. Macam nanti menghukur sebentuk cincin tunang aje. Kalaulah orang sana bertanya mana cincin tanya-nya. Selalu kan macam tu, walaupun bertunang  terus mesti mahu ada cincin tanya tu sekali. Ikut adat leeee…
Malamnya PakCik aku datang, dia memang dah biasa sesangat buat keja ini samaada pergi atau menunggu.  Lega juga hati aku kalau dia dapat ikut sekalai, lepas beban aku.  Tapi sayang esok dia ada kerja lain, jadi tak dapat ikut. Lama berbual dengan dia, sempat juga dia bagi tip-tip dalam bab-bab pergi meminang anak orang ni.
Kalau nak pergi meminang ini, kita perlu ‘baca’ sikit orang –orang ditempat nak pergi tu. Macam mana cara mereka, ikut adat sesangat atau biasa-biasa aje. Walau macam mana pun tepak sirih kena bawa, itu adat orang Melayu. Maksudnya kalau Nampak saja tepak sirih tu, kira tahu tahulah maksud. Selebihnya bila kita becakap atau berbincang nanti. perlu ada tepak sirihnya. Tidak kiralah nak merisik/bertanya atau meminag atau sekali jalan.  Kalau nak bertunag terus cincin perlu dua, cincin tanya dan cincin bertunang. Manalah tahu nanti ada orang bertanya atau dekat sebelah sana ada pulak orang tahu pasal adat. Walaupun tak nak ikut tapi kena siap-siap jugalah. Kalau orang sana ringkas kita ikut ringkas, kalau orang sana beradat-adat kita ikut.
Cuma apa yang aku dapat ialah kalau nak pergi meminang, orang Jawa selalunya mudah dan ringkas. Senang sesangat, taka de lah nak beradat-adat sangat, berpantun-pantun atau berkias-kias, terus terang saja. Pasal belanja berapa ribu, ikut mana yang mampu atau bincanglah berdua. Tempuh bertunang, paling mudah “setahun hidup” dan bincang semula. “setahun hidup” maksudnya bertunang tidak semesti cukup setahun, kalau dah cukup belanjanya boleh dicepatkan dan kalau ada masalah kita boleh lewatkan.

Selamat adik aku, dengan sahlah adik bertunang dengan gadis pilihannya.

No comments:

Post a Comment