assalamualaikum
dah lama aku tidak menulis.
dari Hari Raya Aidilfitri, ini dah masuk Hari Raya 'Eid Aidiladha.
aku hanya sibuk dok membaca blog orang....nampaknya aku lebih seronok membaca
dari menulis. Membaca novel setebal mana pun pasti aku akan baca hingga habis...sehari dua pasti selesai.
tapi bab menulis ini......lembap.
mungkin terlalu banyak perkara yang hendak di tulis. Hingga aku terfikir mana satu cerita yang
aku perlu tulis. Tentang bunga(minat ku), kebun getah aku(sedang diusahakan), kerja ku (insurance am & pelaburan amanah saham) atau keluarga ku.
atau menceritakan semula apa yang aku telah baca atau apa yang aku dengar atau apa yang aku lihat.
Selamat Hari Raya 'Eid Adha kepada semua, teman-teman di Malaysia dan di Adelaide.
Sunday, November 6, 2011
Thursday, August 25, 2011
Thursday, August 18, 2011
pejam celik
Pejam celik, pejam celik
dah lama x berjumpa,
Pejam celik, pejam celik
Dah nak habis puasa
dah lama x berjumpa,
Pejam celik, pejam celik
Dah nak habis puasa
Makin di pejam celik
Makin banyak salah & dosa
Sementara masih celik,
Banyak2lah buat pahala
Sebelum pejam tak celik2
Harap maaf,
Jika selalu tersalah kata
Monday, July 25, 2011
..puasa...
bila nak puasa ramadhan, tugas utama aku antaranya ialah print niat puasa dan doa berbuka puasa. Tampal depan pada dinding, semua anak-anak boleh baca dan hafal.
Lafaz niat untuk sebulan
Lafaz niat puasa yang sempurna
Doa berbuka puasa
Lafaz niat untuk sebulan
Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa yang sempurna
Sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Doa berbuka puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Friday, July 22, 2011
akhirnya...
Tuesday, July 5, 2011
...menunggu...
....hari ini awang sampai dari Adelaide. Hari itu dia email kat aku, katanya
4hb Julai, malam - kalau aku tak ada kerja, aku pi cari hang. Aku bawa supervisor aku sama minum kopi kat Putrajaya.
..tapi la ni dah kul 11malam soyap yo........jang
bagai menunggu kucing bertanduk
tak pe lah mungkin hang sibuk sesakan, mungkin sedang melepaskan rindu setelah sekian lama di luar negara.
Seorang bolgger hebat.....fakirfikir
4hb Julai, malam - kalau aku tak ada kerja, aku pi cari hang. Aku bawa supervisor aku sama minum kopi kat Putrajaya.
..tapi la ni dah kul 11malam soyap yo........jang
bagai menunggu kucing bertanduk
tak pe lah mungkin hang sibuk sesakan, mungkin sedang melepaskan rindu setelah sekian lama di luar negara.
| Hari Raya Aidilfitri 2010 Bonython Park, Adelaide |
Monday, June 20, 2011
menulis blog...
aku rasa aku bukan seorang yang layak di panggil blogger, nak tulis pun malas. Ikut banyak yang perkara yang aku
terfikir untuk aku tulis...tapi tak kesampaian. Semua perkara yang aku nak tulis terkubur begitu sahaja.
Mana pergi semangat tu?......tiada siapa yang menyuruh untuk aku menulis blog dan tiada siapa pula yang
menghalang. Mungkin FF boleh beri komen yang bisar mencucuk hati, menikam jantung. Ini lah satu blog
yang aku baca setiap hari.
Mungkin aku boleh mencuba lagi, menulis apa yang aku suka dan yang terlintas di benak kepala otak aku.
Mungkin aku juga bebal dalam bab-bab menulis ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)