Apabila Tun Dr. Mahathir melancarkan bukunya yang terbaru maka banyak kisah-kisah terdahulu terbongkar. Bukunya yang berjudul A Doctor in the House:The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad , pengkisahan sepanjang pemimpinannya. Kalau dah kaki menulis tu, dia akan tetap menulis.
Buku ini dan buku-buku sebelumnya kebanyakanny di tulis dalam Bahasa Inggeris, dalam bahasa melayu tak banyak, keterjemah ke akan buku ini. Aku rasa kalau dia buat dalam bahasa Melayu tak ramai pembeli, syarikat pencetak tak untung banyak.......dalam BI boleh jual di seluruh dunia. Ini dah hampir 60 ribu naskah, hari pertama 5 ribu terjual, kaya-kaya.....
Nak tahu lebih ceritanya kena beli, cite sikit-sikit baca aje dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia atau mana suratkhabar.
Apa yang menarik dalam buku ialah pemecatan Datuk ini Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Pemecatan itu katanya bukan kerana bimbang dia akan di cabar, sebaliknya adalah kerana salahlaku moral Anwar. Menurut Dr Mahathir juga, kemasukan Anwar ke dalam UMNO atas permintaanny, bukan UMNO yang mempelawa Anwar.Beliau menyifatkan Datuk Anwar Ibrahim sebagai individu penuh cabaran yang sanggup mencabar sesiapa sahaja bagi memastikannya dapat menawan Putrajaya.
Cerita yang lain ialah, Kuan Yew mempunyai keinginan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Keingin Kuan Yew di halang oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tengku Razaleigh Hamzah jika bersabar sedikit mungkin akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Dalam buku itu juga, DrMahathir mengaku bahawa dia adalah dari keturunan India. Katanya dia adalah orang Melayu yang mempunyai darah keturunan India, atau lebih tepat Asia Selatan.
Antara pendedahan yang lain ialah pemecatan Tun Salleh Abas daripada Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 bukan kerana balas dendam. Tetapi kerana penghinaan Tun Salleh Abas terhadap Yang Dipertuan Agong.
Dr M juga mengatakan Tun Razak adalah mentornya, dan dia banyak belajar daripada Perdana Menteri yang kedua itu.
DR M juga dengan tegasnya dan membuktikan bahawa dia bukan diktator.
Akhir sekali Dr. M berkata dia bersedia jika ada pihak yang akan menyamannya. Dia juga akur sekiranya ramai pihak sebelum ini adalah kawan tetapi bertukar menjadi musuh setelah membawa tulisannya itu.
Pada aku buku ini di tulis bagi menyejukan hati Dr M.(dia saja nak justifite dirinya..) Just nak bagi tahu orang apa yang dia buat sebelum ini ada sebab dan musababnya. Sebenarnya apa yang di buat sebelum ini ada salah dan silapnya, rasa banyak yang tak betul. Nak mengaku silap dan salah kang malu le pulak..hehehe.
Jadi kita mendapat lagi satu fakta sejarh yang berlain daripada apa yang kita sedia maklum.
Orang politik memang hebat, orang politik tak boleh percaya sangat, baik masa dia bercakap dan masa dia menulis, lebih-lebih lagi kalau di bukukan. Kata orang Rembau " rembau serambau rambau eeaa, pakuang segalo alah eeah "
Orang tua ni menulis betul ke, dia ingat ke apa yang berlaku bertahun-tahun dahulu dengan detail dan nyata atau agak-agak aje. Kadang-kadang apa yang dia tulis dan cakap sekarang macam orang nyayok. Maaf Tun....saja nak lepas geram. Ape pun gua respek lu.
Nak tahu hebat nya buku ni kena tengok dan baca komen-komen hebat di Harakah, Blog-blog atau mana yang lain....hebat gitu!

No comments:
Post a Comment