Rebus jantung pisang ....cecah sambal belacan....memang sedap, mak mertua lalu belakang pun tak nampak.
Jantung pisang bukan saja rebus buat masak lemak, buat rendang dan macam lagi. Tapi hari ini jantung pisang dah jadi haisan, orang tak makan. Tanam pokok pisang hiasan.....sebab jantungnya yang menarik. Mai tengok jantung pisang ni...
Ada dua warna yang aku pernah jumpa setakat hari ini. Satu aku katakan warna unggu muda dan satu lagi warna oren. Saiznya kesil aje dan buahnya pun kecil. Tapi buah pisang dari jantung ini aku belum pernah makan. Tapi kata mereka rasanya sedap, macan pisang comel.
Survey harga tengok .......anak pokok pisang ni harganya RM25. Ada jual di kebanyakan nursery pokok bunga.
Satu trend tanaman pokok hiasan yang sedang popular di Malaysia. Aku yang baru balik jadi tertanya-tanya, tak pernah aku tengok pokok pisang macam ni. Kini, pokok pisang hiasan semakin mendapat perhatian peminat seni hias laman. Ini kerana pokok pisang hiasan mempunyai bunga yang cantik. Biasanya, pisang untuk hiasan laman tidak tumbuh dalam bentuk perdu, sebaliknya tumbuh tunggal dan pokoknya lebih kurus serta saiz pokok pendek.
Apa yang aku ingat, satu di bulan oktober 2010 aku mengidam nak makan jantung pisang. Sudah lama tak pekena rebus jantung pisang campur sambal belacan. Di Gepps Cross Market ada jual jantung pisang, gatal mulut aku pun tanya harga. Wao mahal tu....AUD16.....pergh! tak jadi beli, meleleh je air liur. Kalau mcam itu boleh eksport jantung pisang ke Adelaide.
Pokok pisang dikategorikan sebagai tanaman yang serba guna kerana setiap komponen pokoknya dari batang hingga ke daun dan buahnya boleh dipelbagaikan kegunaannya. Jantung pisang ini sebenarnya ialah bunga pokok pisang, sebelum jadi buah pisang. Ikut ceritanya pokok ini asal di jumpai di Negara Papua New Guinea. Poko pisang ini boleh dihidup di kawasan yang dekat-dekat dengan garisan Khatulistiwa, dalam 107 buah negara.
Mari survey pokok pisang ikut saintifiknya. Dalam bahasa Inggeris di panggil banana. Ia tanaman jenis herbaceous dari genus Musa untuk penghasilan buah. Nama sainstifiknya Musa acuminata dan Musa balbisiana. Pokok yang ada di negara kita adalah hybrid antara dua species ini.Masa aku belajar di Universiti Pertanian Malaysia nama saintifiknya ialah Musa sapientum dan Musa paradisiaca.
Kita cuma ikut hiraki pokok pisang ni....
Divisi : Magnoliophyta
Class : Liliopsida
Order : Zingiberales
Family/Keluarga : Musaceae
Genus : Musa
Species : Musa acuminata , Musa balbisiana.
Kalau kita tengok dari segi kandungannya, dalam 100g pisang akan memberi 371kj tenaga, 22.84g kaborhidrat dan 12.33g gula. Jadi kalau nak dapat tenga dengan cepat makanlah pisang. Sesuatu yang menarik, ada iklan yang menyuruh kita makan pisang....kat mana, iklan TV di Adelaide. Kat Malaysia aku tak pernah jumpa dan nampak.............................suruh makan cokodok pisang ada kot.
*Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*
ReplyDeleteSy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
Hubungi utk order & pertnyaan:
*En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*