Apa yang menarik di Merlimau hari ini....pilihanraya, mengundi. Merlimau 'meriah' sesangat. Terang benderang tidak kira siang dan malam. BN menag besar.....lagi bertambah meriah.
Bulan April 1994 itu bertama kalinya aku sampai di Pekan Merlimau. Datang ke Pekan Merlimau manaiki van bersama kenkawan untuk menghadiri satu temuduga di Kawasan Perindustrian Merlimau.
Aduh kata ku, pekan ni mati Bang!
Oktober 1994 aku mula bekerja di Merlimau . Majikan aku ialah Maju Stell Sdn Bhd ( dulu cukup terkenal dangan Dahong Stell ), di Kawasan Perindustrian Merlimau. Hebat Kawasan Perindustrian Merlimau ini, dari kilang yang berstatus industri ringan hingga kilang yang berstatus industri berat ada di Merlimau.
Aku tak mengulas pasal politik, jadi menyampah dan sakit hati. Aku nak tulis sesuatu yang menarik tentang Merlimau yang orang tidak tahu tentang Merlimau.
Pekan Merlimau terletak antara di tengah-tengah antara Bandar Muar dan Melaka. Kalau nak ke Muar kena lalu Merlimau begitu juga dari Muar nak ke Melaka kena merentas Merlimau. Jarak dari bandar Melaka dan Muar lebih kurang saja......dalam 23 km atau 20-30 minit memandu. Kalau dari Kuala Lumpur nak ke Merlimau, ada 3 jalan utama, boleh ikut jalan persekutuan Melaka-Muar, Lebuhraya Plus susur keluar Jasin atau Lebuhraya Plus susur keluar Simpang Ampat terus ke lebuhraya Simpang Ampat-Melaka-Muar.
Sepanjang jalan dari Melaka ke Merlimau kita akan jumpa pakan Pernu-Umbai, Pulai, Serkam, Tedung dan Kg Sempang sebelum sampai ke Bandar Merlimau.
Mana tempat yang menarik kat Merlimau? kalau nak melawatlah kan....
Satu tempat yang boleh kita pergi ialah menziarahi makam Tun Teja, anak hulubalang Sri Amar Di Raja dari negeri Inderapura(sekarang Pahang). Ingat cerita macam mana Hang Tuah memikat Tun Teja untuk di jadikan Permaisuri Sultan Melaka dalam cerita P Ramli.
Makam Tun Teja di kampung Merlimau Pantai |
Ada satu rumah lama yang jelas boleh kita lihat dari jalanraya Melaka-Muar. Rumah Penghulu Abdul Ghani, 5km dari pekan Merlimau. Kalau tak silap aku kalau nak ke Makam Tun Teja kita akan lalu depan rumah Penghulu Abdul Ghani ini. Penghulu Abdul Ghani Di bina dalam tahun 1894, satu-satu rumah asal orang Melaka. Uniknya rumah ini di bina bercirikan budaya Melayu dan China.
Rumah Penghulu Abdul Ghani |
Ada lagi satu tempat yang kebanyak orang tak tahu dan jarang-jarang orang datang melawat, iaitu Perigi Portugis yang terletak di Kg Merlimau Pasir. Sayang perigi ini tidak di urus dengan baik, tak ada petunjuk arah pun untuk kesini. Ramai yang mengetahui ujudnya Perigi Portugis ini.
Yang paling menarik dan hebatnya dalam kawasan Merlimau ini, ramai orang datang mencari Medan Ikan Bakar Sebenarnya mengikut pengetahuan aku yang hampir 10 tahun tingal di Merlimau ini, ada banyak Medan ikan bakar. Tapi yang paling popular ialah Medan Ikan Bakar di Pernu-Umbai. Ikut perkiraan aku penduduk setempat jarang ke Medan Ikan Bakar di Umbai. Mereka lebih selesa pergi makan di Medan Ikan Bakar di Serkam, Anjung Batu atau di Muara Sg Duyung. Ada lagi satu tempat yang aku biasa pergi Teluk Mas, tempat ini pada aku lebih baik kalau nak makan ikan bakar.
Ada beza ikan yang di bakar di Pernu-Umbai dengan ikan bakar di Serkam. Kalau di Serkam ikan yang di bakar di sapu sambal (marinate). Kalau dekat tempat lain bakar begitu aje.
Apa lagi yang best di Merlimau..
Kupang, kupang,kupang...................ini kena pergi kampung Sebatu. Teringat aku pergi menjaring ikan siakap kat Sebatu, dalam menuggu jaring di tarik aku mengutip kupang. Pada aku kupang ini, sedap di rebus dengan serai, cecah dengan sambal kicap. Masa nak makan kupang ni jangan lupa kena tarik dan buang bulu hitam. Biasa kupang yang matang ada bulu di bahagian tengah-tengah badan.
Harga kupang di Gepp Cross Market ialah $9 AUD.. Kupang banyak di jual sepanjang jalan dekat Telok Mas. Harga kupang sekarang yang di jual di Telok Mas, RM5 sekilo. Itupun ikut saiz kalau besar sampai RM7 sekilo. Geram sudah lama tak pekena, nah kau......5 kilo kau aku beli.
Sepanjang jalan Merlimau ke Muar, satu lagi pemandangan yang menarik ialah orang menjual buah Duku-langsat. Merlimau hampir terkenal dengan buah Duku-langsat. Betul ke? orang tahu ke Merlimau banyak buah Duku-langsat........aku tak pasti ada lagi sekarang, Sebab banjir tempuh hari banyak ladang pokok Duku-langsat mati ditengelami air. Kalau musim buah Duku-langsat, aku tidak membeli lansung. Kawan-kawan ramaikan, pergi je panjat pokok tu.
Merlimau juga tidak kurang hebatnya dengan buah durian. Apa saja jenis durian, kucing tidur,D24 semua ada di Merlimau. Muak-muak makan durian kalu kena musimnya. Jangan lupa kalau datang Merlimau, singgah Pasar Merlimau. Singgah Pasar Merlimau cari ...............cencaluk. Cencaluk Merlimau memang sedap, cubalah rasa....hingga menjilat jari. Gula melaka juga banyak ada dijual.
Syarikat Orang Kampung dan kilangnya terletak di Merlimau. Mana perginya Syarikat Orang Kampung. Lama benar aku tak nampak produknya. Masih wujud lagi ke. Pajabat cawanganny kat Teluk Mas dah tutup, kilang masih ada lagi ke....nak gi survey.
Pasar Merlimau membawa kenangan abadi, kereta Unser aku yang baru berumur 7 hari kena langgar. Lori tu laju je undur......tak nampak ke aku yang hitam besar ni. Siang-siang terang benderang, matahari memancar dengan garangnya...tak.nampak aku. " lahabau ko, eehhhh ekao bute ke"
Merlimau, merlimau........sesunggiuhnya ladang limau tiada di Merlimau.
baru balik dr merlimau nih.. ihiks
ReplyDeleteNice sharing bro. Stay lama-lama negeri org, nk kena pindah tempat baru. Memang emosi. 😭
ReplyDelete